Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2017

KEPENTINGAN SURAH AL-FATIHAH DALAM PERUBATAN

Al-Quran khususnya sural al-fatihah dapat mengubati segala penyakit sama ada penyakit rohani dan jasmani. Antara Khasiat al-Fatihah   . Sebelum tidur baca surah Al-fatihah, surah al-ikhlas (3 kali) dan Mu'awwidzatain maka ia selamat dari segala hal selain ajal    Jika kita berhajat kepada Allah maka bacalah surah Al-Fatihah (41 kali) diantara solat sunat subuh dan solat fardu subuh selama 40 hari, kemudian memohon kepada Allah SWT. Insyallah Allah dipenuhi keperluan hidupnya.  Barang siapa membaca Al-Fatihah (berserta Bismilah) di antara sunat Subuh dan fardhu Subuh dengan istiqamah, maka jika ia inginkan pangkat, akan terkabul, kalau ia fakir akan kaya, kalau berhutang maka mampu membayarnya, jika sakit maka akan sembuh dan jika mempunyai anak, maka anaknya akan menjadi anak soleh, semuanya dengan izin Allah SWT Baca surah Al-Fatihah sebanyak 20 kali setiap selesai solat fardhu 5 waktu maka Allah akan luaskan rezekinya, baiki akhlaknya, mudahkan urusanny

MAKSUD & HURAIAN 7 AYAT AL-FATIHAH

Rasullah S.A.W bersabda, maksudnya Surah al-Fatihah ditanzilkan dari satu perbendaharaan yang terletak di bawah 'Arasy Surah al-Fatihah adalah satu pembukaan (awal) dalam al-Quran. I sebanyak 7 ayat yang mempunyai banyak rahsia dan khasiatnya.   Kita diwajibkan membaca surah ini setiap kali solat kerana ia termasuk dalam rukun solat. Tentulah ada rahsia yang tersirat didalamnya kenapa ia diwajibkan. Juga kenapa al-Fatihah dianggap induk al-Quran, siapa yang membaca dan memahami surah al-Fatihah dianggap bagaikan membaca dan memahami seluruh al-Quran.    A YAT 1- Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang Maksudnya: saya memulai membaca Al-Fatihah ini dengan menyebut nama Allah, setiap pekerjaan yang baik,hendaklah dimulai dengan menyebut asma Allah seperti makan,minum,melakukan penyembelihan dan sebagainya. Allah adalah nama zat yang Maha Suci, yang berhak disembah dengan sebenar-benarnya, yang tidak memerlukan makhlukNya, tetapi makhluk yang memerl

MEMULAKAN SESI PEMUJAAN MELALUI LAFAZ-LAFAZ FATIHAH

Sebelum membaca Alfatihah, rasailah Allah membuka pintu istanaNya untuk kita masuk ke hadratNya untuk memulakan istiadat penyembahan dan pemujaan. Amalkan zikir dan doa berikut sebagai isyarat masuk mengadap Ya Allah Ya Rahmaa, Ya Rahiim, Ya Waduud, dengan kasih sayang dan cintaMu, terimalah hambaMu yang mencintaiMu ini datang menghadapMu dan pandanglah daku, redhailah dan rahmati daku Ya Allah sepanjang ibadah ini dan bukalah pintuMu Ya Fataah, Ya Kariim untuk daku datang mengadap dan menghampiriMu dan memasuki istanaMu yang mulia itu bagi melafazkan lafaz-lafaz cinta terhadapMu.