Skip to main content

KEPENTINGAN SURAH AL-FATIHAH DALAM PERUBATAN

Al-Quran khususnya sural al-fatihah dapat mengubati segala penyakit sama ada penyakit rohani dan jasmani. Antara Khasiat al-Fatihah 


  •  . Sebelum tidur baca surah Al-fatihah, surah al-ikhlas (3 kali) dan Mu'awwidzatain maka ia selamat dari segala hal selain ajal 


  •   Jika kita berhajat kepada Allah maka bacalah surah Al-Fatihah (41 kali) diantara solat sunat subuh dan solat fardu subuh selama 40 hari, kemudian memohon kepada Allah SWT. Insyallah Allah dipenuhi keperluan hidupnya. 

  • Barang siapa membaca Al-Fatihah (berserta Bismilah) di antara sunat Subuh dan fardhu Subuh dengan istiqamah, maka jika ia inginkan pangkat, akan terkabul, kalau ia fakir akan kaya, kalau berhutang maka mampu membayarnya, jika sakit maka akan sembuh dan jika mempunyai anak, maka anaknya akan menjadi anak soleh, semuanya dengan izin Allah SWT

  • Baca surah Al-Fatihah sebanyak 20 kali setiap selesai solat fardhu 5 waktu maka Allah akan luaskan rezekinya, baiki akhlaknya, mudahkan urusannya, hilangkan dukacitanya dan kesusahannya, anugerahkan apa yang ia cita-citakan, dapat berbagai berkat dan kemuliaan, jadikan ia berwibawa, berpangkat tinggi, kehidupan baik dan anak-anak akan terlindung dari kemudaratan dan kerosakan

  • Amalkan bacaan surah Al-fatihah (125 X ) selepas solat subuh. Panjatkan doa dibawah Maksudnya : "Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepada Mu dengan kebenaran surah al-Fatihah dan rahsianya, supaya dimudahkan bagiku semua urusanku, samada urusan dunia atau urusan akhirat, supaya dimakblukan permohonan ku dan ditunaikan hajatku....."(nyatakan hajat anda)

  • Amalkan membaca surah Al-Fatihah di waktu sahur (41 kali) maka Allah SWT akan bukakan pintu rezekinya dan Dia mudahkan urusannya tanpa kepayahan dan kesulitan. Selesai membaca al-Fatihah sebaiknya berdoa seperti berikut: Maksudnya : " Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu dengan kebenaran surah Al-Fatihah dan rahsianya, supaya Engkau bukakan bagiku pintu-pintu rahmatMu, kurniaMu dan rezekiMu. Dan Engkau mudahkan setiap urusanku, murahkanlah bagiku rezekiMu yang banyak lagi berkat tanpa kekurangan dan tanpa susah payah, sesungguhnya Engkau berkuasa atas setiap sesuatu, Aku memohon kepadaMu dengan kebenaran surah al-Fatihah dan rahsianya, berikanlah apa yang ku hajati...."

Comments