Skip to main content

MAKSUD & HURAIAN 7 AYAT AL-FATIHAH

Rasullah S.A.W bersabda, maksudnya Surah al-Fatihah ditanzilkan dari satu perbendaharaan yang terletak di bawah 'Arasy Surah al-Fatihah adalah satu pembukaan (awal) dalam al-Quran. I sebanyak 7 ayat yang mempunyai banyak rahsia dan khasiatnya.

 Kita diwajibkan membaca surah ini setiap kali solat kerana ia termasuk dalam rukun solat. Tentulah ada rahsia yang tersirat didalamnya kenapa ia diwajibkan. Juga kenapa al-Fatihah dianggap induk al-Quran, siapa yang membaca dan memahami surah al-Fatihah dianggap bagaikan membaca dan memahami seluruh al-Quran. 

  •  AYAT 1- Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang Maksudnya: saya memulai membaca Al-Fatihah ini dengan menyebut nama Allah, setiap pekerjaan yang baik,hendaklah dimulai dengan menyebut asma Allah seperti makan,minum,melakukan penyembelihan dan sebagainya. Allah adalah nama zat yang Maha Suci, yang berhak disembah dengan sebenar-benarnya, yang tidak memerlukan makhlukNya, tetapi makhluk yang memerlukanNya, Ar-Rahman(Maha Pemurah) salah satu nama Allah yang memberi pengertian bahawa Allah SWT melimpahkan kurniaNya kepada makhlukNya, sedang Ar-Rahiim (Maha Penyayang) yang memberi pengertian bahawa Allah sentiasa bersifat Rahmah yang menyebabkan Dia selalu melimpahkan rahmat-Nya kepada makhluk-makhluk-Nya.
  •  AYAT 2- Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam Kalimahal-hamdu ertinya segala puji. Memuji orang adalah kerana perbuatannya yang baik yang dikerjakannya dengan kemahuan sendiri. Maka memuji Allah bererti menyanjungNya kerana perbuatanNya yang baik. Lain halnya dengan bersyukur yang bererti mengakui keutamaan seseorang tergadap nikmat yang diberikannya. Kita menghadapkan segala puji bagi Allah SWT ialah kerana Allah SWT sumber dari segala kebaikan yang patut dipuji. Sementara perkatan Rabb(Tuhan) bererti Tuhan Yang Memiliki, Mendidik dan Memelihara. 
  •  AYAT 3-Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang 
  •  AYAT 4 - Yang Menguasai Hari Pembalasan Kalimah Maalik (Yang Menguasai) 
  •  AYAT 5 - Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepadaMu kami memohon pertolongan
  •  Kalimah Na'budu diambil dari kata Ibadah, kepatuhan dan ketundukan yang ditimbulkan oleh perasaan terhadap kebesaran Allah SWT, sebagai Tuhan yang disembah, kerana berkeyakinan bahawa Allah mempunyai kekuasaan mutlak terhadapnya. Kalimah Nasta'iin (minta pertolongan), diambil dari kata isti'aanah mengharapkan bantuan untuk mendapatkan penyelesaian suatu pekerjaan yang tidak sangguo dikerjakan dengan tenaga sendiri. 
  •  AYAT 6- Tunjuklah kami jalan yang lurus Kalimah Ihdina (tunjuklah kami) dari kata "hidayat" memberi petunjuk ke suatu jalan yang benar. Maksudnya ayat ini bukan sekadar memberi hidayah sahaja, tetapi memberi taufik. 
  •  AYAT 7 -((iaitu) Jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka, bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat

Comments