"Solat tanpa rasa cinta kepada Yang Disembah dan Yang Dihadapkan iaitu Allah, tidak akan memberi apa-apa keseronokan dan kegembiraan dalam berhadap kepadaNya. Disebabkan hati yang kering dan gersang daripada rasa cinta kepada Allah, maka solat juga dilaksanakan dengan cara yang kering dan sambil lewa, rasa yang tidak menyeronokkan dan tidak sabar untuk tamat solat kerana solat itu sangat membosankan, tiada dialog, tiada hubungan, tiada kasih, tiada cinta, tetapi selepas solat ada dunia dan makhluk, sesuatu yang lebih seronok untuk dihadapkan"